Kami Suka!!

What do you think??

Uii?Tak kan tengok je.:)

Tuesday, May 17, 2011

dari Murid untuk Cikgu

di hari GURU yang mulia ini..aku tujukan ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua GURU, bekas GURU dan bakal GURU di dunia...buat GURU yang memanusiakan aku,tiada kata yang dapat mengambarkan betapa syukurnya aku menjadi murid CIKGU semua..TERIMA KASIH CIKGU~!...terutama guru2 di tadika ST. EDMUND, LIMBANG, pra sekolah di S.K BUKIT LUBA, Limbang, S.K Menuang, S.K Tanjong Limbang, S.M.K Medamit Limbang, Kolej Tun Dato Tuanku Hj. Bujang Miri, S.M Sains Miri, para Lecturer di KML (wlaupun smpat mnyumbang ilmu smnggu dan IPTAR sekalian...terima kasih kerana membentuk aku jadi seperti sekarang...

dan kali ini aku abadikan Speselnya post kali ini buat cikgu yang banyak memberi inspirasi pda ku...beliau tetap kekal dalam ingatan...Cikgu Kamal namanya...Cikgu Kamal Bin Ludin..memiliki sebuah motor besar yang menjadi idaman aku membuat aku kagum dan mahu jadi macam cikgu..pandai mengajar..memikat hati murid..murah dengan senyuman...dan paling aku kagum, bakat beliau dalam melukis meskipun beliau seorang guru Sains...itulah hebatnya CIKGU... aku pernah lihat beliau melukis semasa dalam kelas ketika aku masih darjah 6 dahulu...lama sudah 2...pujian beliau pada lukisan aku membuat aku terdorong untuk terus mengasah bakat dalam kerja gores-mengores ini....namun, hayatnya x lama apabila beliau telah pergi dalam usia yang masih muda...aku masih ingat kata2nya semasa kami sekelas melawat beliau di hospital sebelum UPSR..

cikgu..kalau cikgu dapat baca post ini, saya betul2 minta maaf kalau ada terguris hati cikgu dahulu..saya budak2 waktu 2 cigu..belum pandai menilai mana baik mana buruk...cikgu..hutang mee kolok rm1.50 dulu masa hari sukan kat kompleks sukan Limbang masih belum saya bayar cikgu...tunggu saya dah kerja jadi cikgu nanti dapat duit sendiri saya akan bayar cikgu...jasa2 cikgu mengajar dan mendidik saya saya akan bayar cikgu...tunggu nanti saya jadi macam CIKGU...saya balas balik jasa CIKGU dengan menabur bakti pada anak bangsa..saya janji CIKGU...saya akan buat Cikgu bangga...SELAMAT HARI GURU, CIKGU~!

Dari Murid Untuk Cikgu

4 comments:

  1. ada sedih + ada lucu tapi semuanya dr hati yg murni...iaitu hati anak murid yg betul2 menyanjungi jasa n bakti guru2nya...God bless n believe dat all ur dream n all ur desire will become true..

    ReplyDelete
  2. mantap..n tahniah..luahan n ucapan yg pasti menyentuh hati seorang guru...luahan dr hati yg murni..iaitu hati seorang ank didik yg xmelupakan jasa n bakti guru2...God bless jhowie..i believe dat ur dreams n ur desires will become true..ank yg baik...

    ReplyDelete
  3. TANKS olau..^^,..hehe..sori..xda button 'like'..^^

    ReplyDelete
  4. kalo xda button like..ko thumbs up la..haha

    ReplyDelete

feel free to leave your comment..^^,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...