Kami Suka!!

What do you think??

Uii?Tak kan tengok je.:)

Friday, October 14, 2011

LIAN

Setahun sudah usia anak buahku, Jayden Lourdesster Lian Andrian Ngau. Ketika gambar ini diambil, dia masih belum pandai merangkak apatah lagi berjalan. Kepulangan ku ke kampung berkumpul bersama ahli keluarga yang lain pada cuti Ogos yang lepas adalah untuk meraikan majlis kesyukuran genap setahun usianya. Ketika aku melukis lukisan ini, dia sudah mula pandai merangkak dan semakin aktif.













Setelah beberapa buah lukisan menggunakan ballpoint pen di atas kertas, aku semakin mahir menggunakan teknik contengan ini. Tidak pula aku katakan ianya hebat tetapi memadailah bagi seorang budak baru belajar seperti aku. Aku baru sahaja menjumpai teknik-teknik yang sesuai menggunakan ballpoint pen ini di atas kertas kerana sebelum ini aku hanya cuba jaya dan sembarangan. Dan pada ketika artikel ini di tulis, anak buahku itu kini sudah pandai berjalan dan sudah bermain-main di dalam rumah. Tak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. 

Kini, setelah menghabiskan lukisan ini, aku berasa lebih yakin dengan teknik yang aku gunakan di dalam lukisan ballpoint pen dan aku mula mengambil beberapa tempahan lukisan. Hehe...bayarannya tidaklah seberapa dan cuma menampung kos penghasilan lukisan sahaja termasuk pembelian bingkai lukisan yang aku gunakan. Jadi, buat sesiapa yang berminat, boleh baca entri yang seterusnya. Selamat Menjalani Peperiksaan buat suma GP dan pelajar-pelajar SPM..adik aku pun SPM tahun ini. Doakan dia boleh menjawab dengan tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Owyeah~~!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...