Kami Suka!!

What do you think??

Uii?Tak kan tengok je.:)

Monday, November 14, 2011

hadiah

Sebelum hari persaraan pengarah IPTAR yang lepas, aku menerima satu unit tempahan dari Unit Kediaman untuk melukis gambar En. Rijeng Jahet, kini mantan pengarah IPTAR. selamat bersara buat tuan pengarah. Aku sangat kagumi cara beliau bercakap dan setiap tutur katanya penuh semangat dan motivasi. Ingin aku jadi seperti dia, motivasi yang tinggi dan semangat yang kuat. Meskipun baharu setahn di sini, beliau banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan dan prestasi institut. Hanya ini lah yang mampu aku lakukan sebagai tanda kenangan meskipun hadiah ini bukan atas nama aku...hehe.....^^,


Friday, October 14, 2011

LIAN

Setahun sudah usia anak buahku, Jayden Lourdesster Lian Andrian Ngau. Ketika gambar ini diambil, dia masih belum pandai merangkak apatah lagi berjalan. Kepulangan ku ke kampung berkumpul bersama ahli keluarga yang lain pada cuti Ogos yang lepas adalah untuk meraikan majlis kesyukuran genap setahun usianya. Ketika aku melukis lukisan ini, dia sudah mula pandai merangkak dan semakin aktif.













Setelah beberapa buah lukisan menggunakan ballpoint pen di atas kertas, aku semakin mahir menggunakan teknik contengan ini. Tidak pula aku katakan ianya hebat tetapi memadailah bagi seorang budak baru belajar seperti aku. Aku baru sahaja menjumpai teknik-teknik yang sesuai menggunakan ballpoint pen ini di atas kertas kerana sebelum ini aku hanya cuba jaya dan sembarangan. Dan pada ketika artikel ini di tulis, anak buahku itu kini sudah pandai berjalan dan sudah bermain-main di dalam rumah. Tak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. 

Kini, setelah menghabiskan lukisan ini, aku berasa lebih yakin dengan teknik yang aku gunakan di dalam lukisan ballpoint pen dan aku mula mengambil beberapa tempahan lukisan. Hehe...bayarannya tidaklah seberapa dan cuma menampung kos penghasilan lukisan sahaja termasuk pembelian bingkai lukisan yang aku gunakan. Jadi, buat sesiapa yang berminat, boleh baca entri yang seterusnya. Selamat Menjalani Peperiksaan buat suma GP dan pelajar-pelajar SPM..adik aku pun SPM tahun ini. Doakan dia boleh menjawab dengan tenang dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Owyeah~~!!

Wednesday, September 21, 2011

Ubat Gatal


yah.....lama dah x ngepost entry baru...hehe...2 bulan praktikum busy memanjang jak aku..xda masa nak mengores....habis prektikum 2 bulan terlibat g ngan drama yang bakal brlangsung kat Miri awal bulan 10 klak...adehhai...banyak kelija oooo............

so..masa kuliah dalam kelas sempat juak la aku mengores mana patut..ya jak la peluang yang aku ada memandangkan malam busy ngan latihan..hujung mnggu pun latihan....masa nak spend ngan ehem2 pun xda..hehe....so..di kesempatan beberapa jam dalam kuliah sbab aku duduk belakang skali..so sempat juak la aku polah dua tiga igek sketch...sketch cincai2 jak setelah 2 bulan bersara....keruk dah jari jemari tok....






Sunday, July 24, 2011

My New BABY~

dah lama aku idam yang sorang ni...tapi dompet kata jangan..setelah sekian lama menabung...akhirnya...aku pinang juga dia..dan dia jadi milik aku....
minat ku pada dia bukan kerna cantik semata-mata....orang berchenta kata...I Need U because I LOVE U...cewahh....ahaha...kerna aku perlukan itu lah aku korbankan wang simpanan untuk mendapatkan dia...selain dari menangkap memori setiap yang aku alami...aku dapat lukis potret yang aku suka..jenuh aku mencari gmbar yang betul2 kena dengan jiwaku sebelum ini..jadi..selepas ni..aku boleh lukis sesuka hati...jadi..ini antara peristiwa2 yang sempat aku snap sepanjang kami bersama...^^,




murid-murid ku..inspirasiku...x sabar nak posting eh~!
 



Farahin

Eva

Zakillah
ada "sesuatu" tentang aku dan dia...


Meja & Kerusi itu..
kosong..sunyi bila mereka tiada....
 
owh..lupa nak bagitau nama BABY aku ni....ni la dia...hehehe...^^

Coba teka model apa??hehehehe...


Sunday, July 10, 2011

The Symphony of Melody

minggu tok aku dah mula buzy...sangat2 buzy...pagi pg skolah...balik petang 'charging' untuk latihan ochestra malam gik...sngat x trurus hidup aku...makan pun x tentu...mun ada bini kan best..hehe..sebut pasal bini tok kan..mnggu tok aku lukis gmbar future bini aku...Chelsea Olivia....nak di jadikan crita...goresan 1st yg aku lukis x mnjadi la plak...bnyak komen yg aku trima dr fesbuk...dan aku amat hargai komen2 itu...ya buat aku sedar x smua bnda yg kita harapkan menjadi n x smua yang cantik itu indah..cewah..dah lukisan aku yg spoil..haha..tp x pa...aku ambik bnda tok sbagai komen membina...aku dah sdar mna part yg aku salah n kureng dlm lukisan..komen2 begini la yg memang aku harap2kan...tanks kawan2..^^

Cinta Melody
Ballpoint pen on paper
spoil la lksan ni..ampun....

sbab x brapa menjadi n x puas hati..aku lukis lagi satu...minggu lepas aku start lukis lksan tok sbnarnya..tangguh smnggu..hjung mnggu tok bru ada masa mengores gik...adehhai....Melody punya pasal....untuk kelainan kali tok..aku just guna warna pen yang pelbagai....untuk menampakkan seri wajah bakal bini aku ni..haha....tapi klau d ikutkan...Melody dlm crita ni bukan taste aku pon..aku lbih suker klau dia rmbut pnjang ooo.....harap korang suka la ok??tankiu for reading..adios~!!nak smbung buat RPH!!
Melody Terindah
ballpoint pen on paper
alahai..aku gantung lksan ni dlm bilik...dpat dia tgok aku hari2..hehe

Tuesday, June 21, 2011

Puzzle Yang Hilang - Anak Tiew

sudah sebulan blog ini sunyi tanpa post baru..kegatalan tangan ku ini tiada ubat yang benar-benar mujarab melainkan melukis..kalau ubat gamat berkesan memang dah lama aku guna...cuti Gawai lepas pun aku habiskan untuk belajar membuat tattoo dari kawan sekampung..kira kaum kerabat aku la juga...jadi..belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak buat pengunjung2 dan sahabt yang menyabut..juga kepada yang menyambut Tadau Kaamatan dan Pesta Babulang..semoga rezeki pada tahun depan bertambah lagi..^^,

dan berbalik pada potret yang aku gores kali ini..aku masih mengekalkan medium ballpen tetapi berlainan konsep..aku selitkan sedikit puzzle disitu untuk membuat kelainan...harap2 menjadi la..aku cuba untuk bertukar angin dan membuat sesuatu yang luar dari kebiasaan aku..jadi..model kali ini adik perempuan kawan aku..Bob Foster..gambar ini diambil oleh beliau sendiri (klik sini untuk blog ANAK TIEW) dan aku sangat mengagumi cara beliau mengambil gambar dan ini antara gambar yang paling aku suka..selain dari photoshot yang menarik subjek juga sangat bermakna buat photographer..mungkin bertemakan kasih sayang seorang abang...aku suka gambar2 begini yang berunsurkan kasih sayang dalam keluarga itu sendiri...mungkin ada lagi pada masa akan datang..saya harap pengunjung semua dapat tunggu dan teruskan mengunjung...kerana masih banyak gambar dalam simpanan saya yang belum saya gores lagi..cuma menunggu peluang dan masa yang sesuai sahaja...siapa tahu mungin anda pula selepas ini??sabar...soo..untuk post kali ini..harap korang suka..jangan segan untuk komen...^^,..peace..owyeah~!!

Puzzle Yang Hilang
sumber: Anak Tiew Blogspot
Medium : Ball Point Pen





Sunday, May 22, 2011

PAK ARIS

ini mungkin lukisan terakhir ku semester ni..esok lusa dah exam...sem depan mbe bz ngan praktikum 2 bulan...jadi..untuk lukisan terakhir ini...aku gores seorang pelukis tersohor Malaysia, Pak Aris. artwork2 beliau sangat realistik dan cantik!!..kalau lah aku dapat tengok lukisan2 beliau secara live alangkah best!..tapi..nsib baik ada internet..suma d hujung jari..hehe...tapi...dalam gambar xkan secantik lukisan sebenar..jadi..untuk potret PAK ARIS ni..aku tumpukan 150% penuh perhatian...tapi...masih ada yang kurang...aku tak pasti sangat bahagian mana..tapi part janggut & rambut 2 sudah pasti la kureng..wlaubagaimanapun...aku puas hati la juga sbagai budak baru belajar....so..trima kasih buat semua yang sudi singgah di blog ni...kalau nak copy lukisan2 sy simpan dlam folder pun boleh...klau nak tengok live..sudi2 la ke bilik saya..bwak ole2 sket..hehe..yg x dpt 2..tnggu asrama trbuka sja la..hahaha...tanks all!!..owyeah~!


 










underconstruction....
 

lukis smbil tgok gmbar dlam laptop..senang..bleh dgr lagu skali..hehe..layan~!


PAK ARIS
medium:ballpoint pen on paper
size: A2
 

Memang dalam Dunia Seni pencariannya tak pernah berakhir...

bahawasanya menguasai bahan yang amat penting dalam Seni Catan. Apapun saya turut rasa terharu betapa tulusnya kamu melukis potret saya Terima Kasih
~Pak Aris

Tuesday, May 17, 2011

dari Murid untuk Cikgu

di hari GURU yang mulia ini..aku tujukan ucapan SELAMAT HARI GURU buat semua GURU, bekas GURU dan bakal GURU di dunia...buat GURU yang memanusiakan aku,tiada kata yang dapat mengambarkan betapa syukurnya aku menjadi murid CIKGU semua..TERIMA KASIH CIKGU~!...terutama guru2 di tadika ST. EDMUND, LIMBANG, pra sekolah di S.K BUKIT LUBA, Limbang, S.K Menuang, S.K Tanjong Limbang, S.M.K Medamit Limbang, Kolej Tun Dato Tuanku Hj. Bujang Miri, S.M Sains Miri, para Lecturer di KML (wlaupun smpat mnyumbang ilmu smnggu dan IPTAR sekalian...terima kasih kerana membentuk aku jadi seperti sekarang...

dan kali ini aku abadikan Speselnya post kali ini buat cikgu yang banyak memberi inspirasi pda ku...beliau tetap kekal dalam ingatan...Cikgu Kamal namanya...Cikgu Kamal Bin Ludin..memiliki sebuah motor besar yang menjadi idaman aku membuat aku kagum dan mahu jadi macam cikgu..pandai mengajar..memikat hati murid..murah dengan senyuman...dan paling aku kagum, bakat beliau dalam melukis meskipun beliau seorang guru Sains...itulah hebatnya CIKGU... aku pernah lihat beliau melukis semasa dalam kelas ketika aku masih darjah 6 dahulu...lama sudah 2...pujian beliau pada lukisan aku membuat aku terdorong untuk terus mengasah bakat dalam kerja gores-mengores ini....namun, hayatnya x lama apabila beliau telah pergi dalam usia yang masih muda...aku masih ingat kata2nya semasa kami sekelas melawat beliau di hospital sebelum UPSR..

cikgu..kalau cikgu dapat baca post ini, saya betul2 minta maaf kalau ada terguris hati cikgu dahulu..saya budak2 waktu 2 cigu..belum pandai menilai mana baik mana buruk...cikgu..hutang mee kolok rm1.50 dulu masa hari sukan kat kompleks sukan Limbang masih belum saya bayar cikgu...tunggu saya dah kerja jadi cikgu nanti dapat duit sendiri saya akan bayar cikgu...jasa2 cikgu mengajar dan mendidik saya saya akan bayar cikgu...tunggu nanti saya jadi macam CIKGU...saya balas balik jasa CIKGU dengan menabur bakti pada anak bangsa..saya janji CIKGU...saya akan buat Cikgu bangga...SELAMAT HARI GURU, CIKGU~!

Dari Murid Untuk Cikgu

Monday, May 9, 2011

Hari Ibu

kalu ada mnusia d luar sna yg x sambut Hari Ibu sungguh derhaka la beliau itu..meskipun beralasan hanya menyambut Hari Mami or Mother's Day...itu sama la..aiyo..so..sempena Hari Ibu yang mulia ini..aku lakarkan potret Mami ku yg terchenta ngan anak buahku tersayang...^^,


The John's Farm
Gawai 2010...tahun ni ahli dah bertambah sorang..hehehe..^^

hari 2 msa cuti kat rmah Mami ada minta lkiskan potret dia tapi aku x buat..x ckup brang nak mlukis kat rumah..hehe...nsib x kena smpah jd batu...>.<..so..nak di jadikan cerita...sbagai sorang anak aku mmg sayang  ngan mami aku...n setiap kali balik mesti aku cium tangan mami..cium kening..cium pipi....entah..makin aku ni tua makin syng aku ngan mami..berat rasa nak balik ke sini tiap kali habis cuti..rsa cam x nak balik la pulak..hehe..ya la..aku ni jarang ada kat rumah..dari tahun 1 lagi dah duduk asrama..masuk skolah mengah tnggal plak skolah asrma penuh...pas 2 lagi jauh aku kena baling kat kuching ni..entah2 nanti posting kat pedalaman mna plak...kmi orng bradik suma skolah..xda orang la teman dia kat rumah..nsib dah ada anak buah ni..ada jga pngubat sunyi dia kat rumah..

so..nanti2 aku bawa la calon menantu dia plak..hahaha..kasi tambah sket pnghuni kat rumah...^^,


My Mumi & Cucunya ( Lian )


Sunday, May 8, 2011

ROOMATE~White Dove & Dayung Bidayuh

lukisan ni aku buat quick sketch jer...dlm 15 mnit brtarung dgn pensel...hehe..gambr dorang 2 ni sbg pnghargaan sbab slalu kuar masuk blog aku n komen2...

nak crita skit psal model2 ni..sorang nama Liana n sorang nama Beat...Liana ni sama geng dlam ochestra..pemain violin yang hebat..kecik molek berbangsa Iban..peminat lukisan manga n anime terutama cita Naruto...boleh pnggil dia nenek Tsunade..hahaha..dgr cite daddy dia pndai lukis gak...mesti ada darah seni jgk ni....^^,

Beat pula Dayung Bidayuh a.k.a Gadis Bidayuh..juga kecil molek..n sorang photographer yg hebat!!blog dia bnyak kuar gmbar2 yg cantik..jadi kalu nak ambik gmbar korang kawen..try la mintak dia ambikkan..hehe..so..nak dijadikan crita..tgah aku refresh home fesbuk,,kuar la album gmba dorang 2 ni kat home...sajer la aku curik skeping yg ni..kasi surprise sket sbab dorang 2 ni slalu jenguk2 kat blog aku...so...barang sapa yang nak sngt kena gores..jemput2 la slalu ke blog ni yer...hehehe...


ROOMATE


Sunday, May 1, 2011

Tetamu Senja~A.SAMAD SAID

April 6, 2007
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 
~ A. Samad Said


A.SAMAD SAID
medium : ballpoint pen




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...